Prequel Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8

Episod 9 : Potluck

[9 Oktober 2k9] – Open office (open house) PG COMMS. Walaupun namanya open house, tapi diadakan secara tertutup. Tak ada jemput orang luar, hanya sesama staff sahaja. Kami adakan secara potluck. Tau kan potluck tu apa? Hehe.


Setiap orang membawa makanan seperti yang dah dipersetujui masa meeting sebelum tu. Macam aku, awal-awal aku dah offer bawak minuman. Alasan aku, aku orang bujang – tak ada sapa nak masakkan makanan yang best-best. (alasan aje tu),hehe.

Dalam plan asal aku hanya nak bawak minuman aje, namun dengan tak disangka aku mendapat sponsor kek lapis untuk ni. Aku bawak 2 jenis kek lapis, satu dari Sarawak (sumbangan Mr.Jofitri a.k.a Jo Rimau) dan satu lagi sumbangan Mama aku sendiri. Banyak betul Kek Lapis ni. Kalau tak bawak siapa nak makan banyak-banyak macam ni? Takkan nak tinggalkan aje dekat rumah? Ok, ada aku plan....

Majlis yang ringkas tapi penuh bermakna, penuh dengan makanan dan hidangan yang menyelerakan (termasuk la hidangan cliché untuk open house macam lemang, nasi himpit, rending dan sebagainya). Juga penuh dengan sesi fotografi, ala-ala selebriti gitu.

Tapi satu ajelah yang kurang nice. Bila dah banyak makanan, perut pun cepat kenyang. Maka pasti ada makanan yang berlebih-lebih. Tak baik membazir ok. Macam biasalah sebelum bersurai makanan yang masih ada dibahagi-bahagikan untuk dibawa pulang.

***********************************

Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat, Boss pun dah balik awal. Macam biasa aktiviti kami adalah Facebook,chat dan sebagainya. Aku , Mat Nor, Daus dan Chee adalah orang terakhir yang meniggalkan ofis ( lepas menang 2 round DotA lawan AI.)

Ting! Kami sampai di G. Kami keluar dari lif. Aku mula memperlahankan langkah. Sebaik sampai di depan BdC, “Oklah, korang gerak dulu, aku nak masuk sini kejap.” Kataku pada mereka bertiga. Mereka bertiga cuma tersenyum danmeneruskan langkah masing-masing.

Aku melangkah masuk. Kelihatan yang ada Cuma Aunti dan Thida. Aunti duduk di meja yang paling dekat dengan kaunter. Thida hanya berdiri di kaunter sambil memerhatiaku masuk.

Aku : Hi Aunti, how are you? May I sit here?
Aunti: Hi, I’m fine, thank you. Yes, sure. Thida dating membawa menu .
Aku : No thanks, I’m not eating today. Actually I brought you something for you and Thida.
Aunti: Really? What izzit? (sambil tersenyum)

Aku : Here, I brought you layer cakes. (sambil mengeluarkan 2 tupperware yang berisi kek lapis Mama aku, dan kek lapis Sarawak)

Aku : This is from Sarawak and this is baked by my mum.
Aunti: Oh thank you very much. Thida, bring forks here.

Thida datang membawa garfu. Menghulur kepada Aunti. Aku : Please, Aunti and Thida also *sambil memandang kepada Thida.

Aunti terus menjamah kek lapis itu. Aunti sudah semestinya gembira. Sambil memerhati Aunti, aku memperlawa Thida untuk join kami sekali.

Thida mencapai garfu . Memerhati antara Kek Lapis Sarawak dan Kek Lapis Mama. Kedua-duanya sama cantik dan kelihatan menyelerakan....3...2...1. Ternyata Kek Lapis Mama menjadi pilihan. Dengan segera dia berlalu ke dapur. Malu, segan, mungkin? Aku Cuma tersenyum.

Kelihatan raut wajahnya yang gembira dan ceria. Aku pun turut gembira. Aku pun tak pasti kenapa aku gembira bila melihat Thida gembira. Tapi tulah, apa yang aku rasa. Jujur.

Aku terus berbual dengan Aunti hingga jam 7.20 petang. BdC pun sudah sampai waktu tamat operasi. Aku minta diri. Thida di kaunter dapur. Senyum, tanda terima kasih, mungkin..End of Season 1



Back to top

Episod 8 : Untitled

Ramadhan dah masuk hari ke-14. Tenang. Damai. Itulah perasaan yang dapat dirasakan. Perasaan yang hadir bila adanya berkat. Rahmat. Serta Magfirat.

Rutin aku seperti biasa. Kerja. Balik. Kerja. Balik. Walaupun setiap hari ku lalui. Ku lintasi. Aku hampir terlupa. Ada 1 rutinku yang seakan terhenti. Apakah?

Dah 2 minggu aku tak ke BdC. Kali terakhir pada 2 hari sebelum mulanya puasa. Petang Khamis tu [20 Ogos 2k9], aku terasa aku nak makan kat BdC. Kerja pun dah siap. Pukul 6.15. Zuss! Ting! G. Aku melangkah keluar daripada lif. Tak ada customer. Cuma Thida, Muhee (Kamal) dan Aunti. Aku pun melangkah masuk. Dengan langkah bersahaja. Langkah seorang customer. Duduk di "port" biasa aku.

Thida tersenyum. Mendekati. Menu di tangannya. Aku hanya tersenyum sambil mataku lebih fokus ke arah satu sudut lain. Sudut di mana terpapar beberapa menu baru. Aku berminat dengan Chicken Bulgoki Dub Bap. Aku tanya Thida. Apa makanan tu. Thida terus menunjukkan 1 gambar di menu yang hampir sama dengan Chicken Bulgoki Dub Bap tu. Hmm, agak menarik. Aku pun memesan hidangan Korea tu bersama "plain water". (al maklumlah, tengah bulan tu).

Dalam pada tu, muncul Aunti. Seperti biasa, dia sangat gembira bila aku datang. Aku beritahu dia yang aku baru memesan Chicken Bulgoki Dub Bap. Bertambah happy Aunti. Tapi petang tu kami tak banyak berbual. Aunti lebih fokus pada Muhee (Kamal). Nampak seperti berbincang sesuatu. Masalah, mungkin. Aku hanya assume. Mungkin ya, mungkin tak.

Aku menghela nafas panjang. Sambil memerhati keluar. Ramai yang melintasi BdC untuk pulang. Terhenti lamunan bila Thida meletakkan gelas berisi plain water. Tak lama kemudian. Thida kembali bersama Chicken Bulgoki Dub Bap. Wow! Terkejut aku. Bukan sahaja banyak, tapi kelihatan sedap dan...pedas.

Apa sebenarnya Chicken Bulgoki Dub Bap tu? Hidangan yang terdiri daripada nasi putih, ayam yang dimasak bersama sayuran, sup pekat dan kimchi (jeruk kobis). Sambil meletakkan hidangan, kedengaran Thida bersuara. "This is really spicy". Aku memperlawa dia duduk sekali. Dia menolak dengan alasan dia sedang bekerja. Well ok...

Aku mulakan suapan pertama. Kedua dan seterusnya. Memang sangat pedas! Erghh... Aku mula berpeluh. Rupanya dalam aku tak sedar, aku sedang diperhatikan Thida. Kelihatan dia ketawa kecil melihatkan telatahku. Bila aku memandangnya dia bertanya "Spicy?" aku hanya mengangguk kepala sambil berlagak cool.

Seperti sebelum ni. Aku tak mampu nak habiskan kesemua. Sebab banyak dan pedas. Aku minta refill air. Setelah segala kembali normal. Aku pun ke kaunter dan bayar. Thida masih tersenyum. Mungkin masih teringatkan keadaan aku ketika menikmati Chicken Bulgoki Dub Bap tu tadi.

Aku berkira-kira ni adalah kunjungan yang terakhir ke BdC sebelum Ramadhan. Lepas Raya baru aku dapat berkunjung kembali. Setelah membayar aku pun melangkah keluar.

Tetapi sangkaanku silap sama sekali...

******************************************

Jumaat [21 Ogos 2k9]. Hari pun dah petang. Boss pun tak ada. Aku berkira-kira nak balik awal aje. Tengah aku buat perhitungan nak balik awal ke tak.Tiba-tiba...woot..woot..handphone ku bergetar. Ada call. Oh! Ikhwan Nazri @ Tekong @ Flavert yang call. Dia ada depan BdC. Dia suruh turun sebab nak mintak tunjukkan 1 alamat ni. Aku pun terus turun. Tersengih sambil memegang sehelai kertas. Surat. Aku dengan Tekong ni pun merayau-rayau sekitar Megan Avenue II mencari alamat yang tertera pada surat tu. Akhirnya usaha kami berhasil.

Selesai urusan di ofis tu, Tekong ajak aku minum. Lagi best dia kata dia suruh aku belanja tapi dia yang bayar. Bertambah best lagi minum kat BdC, hehehe..

Kami pun ke BdC. Suasana lengang. Kosong. Tiada siapapun. Aku pun duduk di port aku. Sambil membelakangkan kaunter. Tekong duduk di kerusi yang menghadap kaunter. Seketika kemudian baru aku sedar. Rupannya Thida ada di satu sudut di belakang dan Muhee pula di satu sudut lain. Keduanya baru terjaga dari lelap. Masa tu aku dapat melihat wajah Thida baru terjaga dari tidur. Kata orang kalau nak tau seseorang tu lawa/kacak, tengok muka dia masa baru bangun tidur, hehe (Tak taulah betul ke tak). Kalau bersandarkan statement tu, Thida memang sweet la, dan turut diakui Tekong. Thida terus ke toilet untuk mencuci muka.

Muhee pula terus datang kepada kami membawa menu. Kami pun memesan Kopi dan roti bakar. Aku dan Tekong lepak seketika. Bersembang dan bertukar pandangan dalam beberapa hal. Selesai itu, kami pun ke kaunter untuk bayar. Thida, Muhee dan "Hesam" ada di kaunter. Muhee menyapa aku seperti selalu. Aku membalas sapaannya. "After this, I won't come here for month". Mereka bertiga seakan terkejut. Muhee segera bertanyakan kenapa? Aku menjelaskan yang aku akan berpuasa. Seraya itu Muhee turut mengaku yang dia sendiri dan "Hesam" juga bakal berpuasa. Tapi tidak Thida.


Selesai Tekong bayar, kami pun melangkah keluar sambil sempat aku lontarkan sebuah senyuman buat Thida.



Back to top

Episod 7 : Serenity

Masa berlalu pantas. Tanpa sedari. Tanpa mampu dihalangi. Itulah kehidupan. Dunia. Terus berlalu. Seiring waktu. Begitu juga aku. Dengan kehidupan. Dengan kerja. Dengan urusan. Macam-macamlah!

Aku kena fokus. Konvo semakin dekat. Banyak yang perlu diselesaikan. Masa menjadi singkat. Aku tak tau kenapa? Busy sangatkah aku? Atau aku yang alpa. Leka. Tak bermaya. Atau aku yang dah lost interest? Entah!

Dalam pada so-called busy. Aku cuba. Aku try. Mencari peluang ke BdC. Hinggalah pada pagi Khamis [6 Ogos 2k9]. Aku berpeluang. Masuk. Duduk. Breakfast. Kali ni aku tukar menu. Roti bakar peanut butter dan Milo ais. Nice bukan? Aku bereaksi seperti biasa. Cuba untuk menjadi neutral. Natural. Boleh kah?

Dalam pada aku menunggu. Termanggu. Aku dapat lihat perubahan Thida. Dia kembali. Kembali ceria. Gembira. Mesra. Mungkin betul katanya tempoh hari. Dia nampak tak gembira kerana ada masalah. Aku menarik nafas lega. Sesekali memandang keluar. Melihat insan bergegas mengejar masa.

Tiba-tiba muncul Aunti. Dia kelihatan gembira. Gembira dengan kehadiran aku. Sempat Aunti mempromosikan menu terbaru BdC. Ada 2-3 terpapar di dinding. Aku hanya tersenyum. Sambil mengucapkan "Kamsa Hamnida". Thank you in Korean. Semakin Aunti gembira. Senang dengan aku. Rancak berbual. Mungkin? Aunti bertanyakan aku. Tentang kerja. Aku jawab. Ringkas.Mesra. Dengan senyuman.

Seperti yang diharapkan. Hari itu memang neutral and natural. Walaupun kurang puas hati. Tapi aku lega. Lega sebab Thida dah tidak seperti dulu. Tiada lagi wajah duka. Ketat.

******************************************

Jumaat-Sabtu-Ahad-Isnin-Selasa. Aku cuti. Mula dengan rehearsel untuk convo. Sehingga Isnin- Hari Konvokesyen. Syukur. Lepas 10 tahun. Yatta! Selama 5 hari tu juga. Aku tiada. Tapi yang siapa pedulikan. Kan?

Hari ni, Rabu [12 Ogos 2k9], aku melangkah. Ke ofis. Macam biasa. Yang berbeda cuma...kini aku sememangnya graduan.Secara rasmi. Secara sah. Bersama semangat. Tekad. Harapan. BdC. Thida. Ya, Thida di kaunter. Aku cuba melangkah tanpa menoleh. Tapi gagal. Aku perlu menoleh. Rutin.

Aku bagai tak percaya. Senyuman yang suatu tika dulu pudar. Kembali, kembali mekar. Aku lega. Terus melangkah.



Back to top

Episod 6 : Thank you...

3 hari dah berlalu. Aku masih keliru. Terkelu. Buntu. Tiada lagi Thida yang dulu.Hmmm. Aku tak tahu. Makin tak tahu.Hari yang kulalui tidak lagi ceria. Hambar. Pudar. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi kegembiraan. Bahkan mungkinkah tiada lagi..harapan. Tapi aku masih percaya, yakin dan terus yakin. Semua perkara yang terjadi ada alasan. Ada sebab. Ada musabab. Tak kiralah baik atau buruk.

Dalam pada aku termanggu, terpuruk rasa ingin mati. Aku terfikir. Terlintas di fikiran. Terdetik di hati. Ya. Aku mesti tau. Aku perlu tau. Mengapa? Kenapa? Terjadi semua ini. Tapi mampukah? Ada beranikah? Atau tak payah! Bermacam-macam respon, pandangan. Namun keputusannya, di tangan aku.! Ya, aku! Bukan sombong, jauh sekali bongkak. Tapi, aku yang mulakan dan sekiranya, terpaksa...Aku jua akan akhirkan...

Aku kembalikan diriku. Keluar dari kepompong hampa. Terbang dari awanan duka. Terbit dari alam gelita. Dengan satu tekad. Satu tujuan. Aku perlu tahu kenapa. Ke mana hilangnya Thida yang dulu. Kembalikan Thida!

Petang Khamis tu, [ 30 Julai 2k9 ] , Aku masih di ofis. Menyiapkan kerja. Selagi belum tutup mata, kerja, kerja. Gaji mana? Belum lagi. Tapi kena kerja! Nak buat macam mana. Lumrah pekerja. 6.25 petang. Emel dari CEO! Perlukan pembetulan pada flash! Oh tidak. Kena siapkan. Pantas dan tuntas.
Berusaha, gambate, chayok! Siap akhirnya. Fuhh..Lega. Bila lega, lapar menjelma. Dahaga terasa. Jom turun.

Dari tingkat 12, terus ke bawah. G . Ting!. Sampai. Aku perlu buat keputusan. Makan atau "Jawapan"?, Makan atau "Jawapan"?, Makan atau "Jawapan"? Keputusan aku, dua-dua. Aku terus ke BdC. Berlagak biasa. Cool dan bersahaja. Masuk. Duduk. Aunti, 'Kamal' ada di situ, termasuk Thida.Thida datang membawa menu, aku senyum, "Hi, how are you?", "I'm fine", jawab Thida sambil tersenyum.

Tak semena-mena Aunti ke mejaku. Aku menyapanya."Hi Auntie". Sambil membelek menu. Sambil berfikir. Makan? atau minum saja? Aku bertanya pada Aunti tentang menu mana patut aku cuba.
Sempat juga aku berbual dengan Aunti. Peramah. Orang Korea.Akhirnya, aku memesan Korean Ramen with chicken soup bersama Kickapoo. Thida segera membawa pesanku ke dapur. 'Kamal'? Sibuk menyelenggara mesin jus yang seakan rosak. Thida datang membawa Kickapoo bersama segelas ais.

Aku : Hi, Thida. Are you ok? * Senyum
Thida : Yes. *Seyum sambil berpaling
Aku : Wait, come here * sambil melambai

Thida kembali ke arahku aku

Aku : Why these days you seems angry with me?
Thida : Hehe, nothing. I have a problem before. Not because of you...* Senyum dan berlalu
Aku : Thida, wait. One more thing.
Thida : Yes?
Aku : I hope I can see your smiling face again,as always... everyday...
Thida : Ok! *Seyum sambil berpaling

Hmm...puas hati. At least untuk masa itu. Entahlah. Sejauh mana kebenarannya. Tapi aku percaya. Aku yakin. Kali ni aku dah lakukan sesuatu yang agak betul. Mungkin.

Hidangan aku sampai. Thida yang membawakannya. Tak seperti ketika itu. Ketika dia 'lain'. Semuanya 'Kamal'. 'Kamal' yang hantar. Aku tersenyum memandang wajahnya. Wajah yang ceria, lembut dan apa-apa ajelah. "This is my first time....eating Korean Cusine", kataku.
Thida cuma tersenyum, "Yes, Korean cuisine".

Pergh! memang kenyang. Banyak, padat, likat, pekat. Itulah dia. Semangkuk penuh. Tapi sayang tak mampu dihabiskan. Sebab kenyang. Hati sedikit lega. Jiwa sedikit tenang. Aku nampak 'Kamal' bersiap dengan troli sarapnya. Masa membuang sampah. Ku terus memberi isyarat kepada
Thida untuk membayar. Aku ke kaunter.

Aku : How much?

Thida menghulurkan resit.

Aku : "chei-zu tin-bar-te" (Thank you @ Terima kasih)
Thida : *Sedikit terkejut. Who teach you that?
Aku : Internet, heheh
Thida : Hehe...
Aku : Is that right?
Thida : Yes.
Aku : "Mingalar par" (Hello)
Thida : "Mingalar par" (Hello)

Kemudian aku menoleh ke kanan, kelihatan 'Kamal' sedang menolak troli.

Aku : Muhee!
'Kamal' : Yes boss.
Aku : Where you from?
'Kamal' : You guess?
Aku : Myanmar?
'Kamal' : No lah, hehe.
Aku : Bangladesh?
'Kamal' : Yes!
Aku : Oh..
'Kamal' : You are Malaysian?
Aku : Yes.
'Kamal' : You don't look like Malaysian.
Aku : Maybe I have mix blood. Hehe.

Aku pun melangkah keluar. Dengan tekad. Jangan diulangi kesilapan sama. Sambil merancang step seterusnya....



Back to top

Episod 5 : Lain...

Prinsip hidup aku, bila bangun pagi, elakkan daripada moody. Kawal emosi. Muka - jangan ketat. Tapi ada masa, terpaksa juga ketat. Maybe sebab masalah. Atau sebagainya.

Itulah prinsip. So macam biasa. Bila Isnin. Minggu baru. Hari baru. Aku bangun pagi. Mengantuk. Bersiap. Ke Ofis. Of kos antara venue-wajib-lintas , BdC. Tapi hari ni, lain. Ya. Sangat lain. Ada aura yang kurang enak.

Aku menghampiri. Semakin menghampiri. Ya, Thida ada. 'Kamal' pun ada. Tapi...Thida seakan tiada. Kenapa? Hilangkah dia?

***********************************

Aku menghadap skrin laptop. Mata di Facebook. Fikiran entah ke mana-mana. Hati pelik tak terkata. Kenapa dengan Thida? Lain, berbeda.

Kak Niza, Farah turut tertanya-tanya. Kenapa dengan dia? Tidak ceria, pudar, dan paling ketara - ketat. Aku diam. Tiada jawapan. Tiada huraian. Tapi terfikir. Mungkinkah aku. Aku puncanya. Aku sebabnya. Tiada lagi senyuman. Bahkan berpaling. Berpaling bila aku muncul.

Esok masih ada. Biarlah esok berbicara. Aku kembali. Kembali dengan rutin. Kerja. Ofis...dan BdC. Aku lihat Thida. Di kaunter. Aku cuba untuk senyum. Tak sempat. Dia terus berpaling. Tanpa kata, tanpa rasa. Apa ni? Apa ni?

Argh, aku semakin hairan. Siapa yang dia nampak? Aku atau bukan aku? Ya, dia nampak aku. Perlakuannya seolah. Dia lihat aku, tapi bukan aku. Keliru aku. Anda?

Tiada lagi senyuman, tiada lagi kegembiraan. Semua tiada. Yang ada cuma, Thida. Thida yang lain. Bukan yang aku selalu nampak. Tersangat lain. Lain dari biasa. Sampai bila? Adakah ini finale nya? Kisah ini? Aku tak tau...

Back to top

Episod 4 : Oh...ok...

Jumaat [ 24 Julai 2k9 ] - Aku lewat ke ofis. Sesampai di parking lot. Ada call. Kak Niza. Katanya ada discussion urgent! OK. Aku terus berjalan. Meninggalkan 'bumble bee' ku di parking lot. Terus berjalan. Sampai ke Megan Avenue II.

Seperti biasa. Seperti hari sebelum. Aku perlu melintasi BdC. Semakin hampir. Dekat. Ya. BdC. Kelihatan Thida. Berbaju belang. Merah kelabu, dengan perkataan L.O.V.E. Tapi....

Tapi wajahnya, ekspresinya. Sangat lain. Kian berbeda. Tak gembira. Tak mesra dan tak seperti dulu. Kenapa? Aku tak tau. Ah,mungkin mood kurang baik. Aku terus naik. Naik ke ofis.

Pagi tu, berdiskusi secara urgensi. Bersama Kak Niza, Harun dan Farah. Berkenaan dokumentari. Idea demi idea. Selesai. Kesimpulan dicapai. Aku?
Ya, kena lukis storyboard untuk itu. Tak apa. Aku terima.

Lepas Jumaat aku terus mula. Dengan pantas sehingga tuntas. Tapi, yang kurang bestnya. Bila dapat tau meeting bersama Boss dan BIG BOSS = CANCEL! Thht! Tapi ok. Kerja siap.

Hari dah petang. 6.40 petang. Turun ke BdC. Macam biasa. Nak minum. Nak lihat. Lihat Thida. Tapi hati mula berbicara. Tak sedap rasa. Kenapa? Biarkan saja. Ku turun jua. Ku masuk, duduk. Thida tunduk. Pelik.

*******************************

Selesai minum. Terasa aura. Aura tak bagus. Tapi aku buat tak tau. Niat hati kali ni. Mesti aku berbual lagi dengan Thida. Walau hanya sepatah dua kata. Aku ke kaunter. Bayar. Thida di sana. Bersama wajah kurang ceria. Aku bertanya. Kenapa seperti berduka? Sekadar senyuman pahit. Hmmm...Balance dikembalikan. Aku dengan super-spontaneous-nya terus...terus bertanyakan no fon nya, sambil menunjukkan isyarat tangan...

Dia menggeleng dan terus berpaling. Aku, terpaku terkesima sesaat dua. Dia berpaling semula ke arah aku, sambil "Thank you.."... Aku terus berlalu.

Keluar dengan hati yang lemah, langkah yang salah. Aduh!

Back to top

Episod 3 : Move on...

PETANG KELMARIN (Rabu) [ 22 Julai 2k9 ]. Aku dan Mat Nor. Berdua stay kat ofis. Buat kerja. Kerja. Sampai satu tahap. Malas OK! Jam dah pukul 7.10. Ok gerak balik. Sesampai kat bawah. Terpikir. Nak masuk BdC tak? Line clear ni. Masuk terus.

"Still open?" tanyaku. "Yes, till 7.30, but its ok" - jawab Thija. Aku duduk. Tempat hari tu. Depan kaunter. Thija mencapai menu. Aku bagi isyarat. Nevermind. "I want Coke"- kataku. Thija datang membawa Coke dan gelas berisi ais. Aku minum. Sedutan demi sedutan. Mata liar memandang keliling.

Di luar Aunti dan seorang lelaki. Di dalam cuma Thija dan 'Kamal'. Thija nampak sedikit sibuk. Menyediakan jus. Menyiapkan makanan, bersama 'Kamal'. Aku teruskan minum. Sambil terpikir. Apa tujuan aku hari ni?

Jus dan hidangan siap. Kedengaran 'Kamal' bersuara. Nada bergurau. "Send this to your mother". Katanya ke arah Thija. Thija akur.
"Mother"?, getus hatiku. Aku teruskan minum. Walaupun tidak dahaga. Kelihatan 'Kamal' membersihkan kaunter. Mengumpul sampah. Terus keluar. Bersama troli, dan beg penuh dengan sampah. Sarap.

"Hmm...". Aunti masih diluar. Makan bersama seseorang. Di dalam. Aku dan Thija. Time is running out. Should I, or shouldn't I? Clock is ticking...
Aku tekad...



Aku : Busy?
Thija : So so, but when lunch hour, very busy (sambil mengelap kaunter dan tersenyum)
Aku : Is she your mother? (sambil menunjukkan ke arah Aunti)
Thija : Hehe, no. She's my boss.
Aku : Oo...*Gelak kecil
Aku : How long you are here in Malaysia?
Thija : 2 years.
Aku : Where do you live?
Thija : Am-pang. With my boss. My family also here in Malaysia.My mother, father, brother.
Aku : How old are you?
Thija : 19.
Aku : Oh...*sikit terkezut

Jam pun dah menunjukkan 7.30 pm. Aku bangun. Terus ke kaunter.

Aku : How much?
Thija : 2.50
Aku : (Mahalnya..)...Hmm, Can we be friend? (Ngeee!)
Thija : *Senyum...Yes...What is your name?
Aku : Ezral, you can call me Orell..
Thija : My name Thida.
Aku : Not Thija?
Thija : No. THIDA.
Aku : Your full name?
Thija : It's very long, my Myanmar name.
Aku : Oo ok
Thija : You working her?
Aku : Yes, in 12th floor
Thija : The girl who always with you, is your girlfriend? (merujuk kepada Kak Niza)
Aku : Ha? Hahaha, no lah, she's my officemate, and she's married already. Hehe
Thija : Oh...*Senyum..
Aku : I got to go, see you later.
Thija : Bye.

Aku terus berpaling. Aunti pun masuk. Tersenyum pandang aku. Aku terus keluar. Melangkah. Dengan gumbira.


P/s: THIDA ok...not THIJA...


Back to top

Episod 2 : Start dan teruskan...

[ 20 Julai 2k9 ] Hari ni bangun awal, siap awal, ke ofis awal.Dari jauh nampak 'Lisa' berdiri tepi pintu. Pintu BdC. Aku makin hampir. Dia masih ada. Dia senyum. Aku senyum kembali. Aku - "Hai" . 'Lisa' - Semakin senyum. Aku gembira. Melangkah pantas ke lif. Naik tingkat 12. Zuss!! Pintu lif terbuka luas. Pintu ofis masih tertutup rapat. Tak ada orangkah? Nandakorewa?

Aku turun semula. Duduk port biasa. Tengok orang, tengok air pancut, tengok pokok. Redup dan nyaman. Panorama Megan Avenue II. Jam menunjukkan 8.40 pagi.Tapi mana Kak Niza? Mana Harun? Aku terus tunggu. Tunggu dengan lapar. Sambil lapar, sambil pikir. Malas nak pikir lagi, terus masuk BdC. Kali aku duduk bahagian dalam.Betul-betul menghadap kaunter. Tak macam hari tu, duduk luar. Macam biasa 'Lisa' datang bawak menu. Rasa macam nak minum aje. Tapi bila 'Lisa' tanya "Breakfast?". Aku pun terus order nescafe dan roti bakar. 'Kamal' letak nescafe di meja. Muka agak ketat.Terus berlalu.

Kurang sedap. sukatan tak balance.'Lisa' datang bawak roti bakar kaya. Boleh tahan sedap, hehe.
Sambil makan sambil usya. Kali ni crystal clear. Sesekali dia pun toleh dan senyum. Terasa nak panggil dia. Nak bertanya. Sementara line clear. Tapi tidak. Not yet. 'Kamal' kembali dengan breakfastnya. Kali ni dengan kawannya 'Karim'. Mereka bersembang. Kemudian muncul 'Auntie' dan 'Hessam'. Cukup Korum. Mereka berbual-bual. in English, tapi pelbagai slang. Customer cuma aku. Aku duduk situ, aku dengar aje. Dengar aje mereka berbual. Memang 'Lisa' bukan Melayu mahupun Indonesia. Aku terus makan. Minum. Selesai.

Jam sudah pukul 9.05. Mana diorang ni? Cuti kah? MC kah? Nescafe aku dah abis, roti juga abis. Tekak masih dahaga. Yang ada cuma 'Lisa'. Aku melambainya. Dia datang.

Aku : Can I have a glass of plain water?,
'Lisa': Yes.

Dia kembali dengan segelas air.

Aku : You are chinese or korean?,
'Lisa' : No, I'm .......


Gambar Hiasan


Aku terkejut terus tersenyum. Dia pun senyum sambil berlalu. sambil meneguk plain water itu, sambil menunggu. Mana Kak Niza? Mana Harun? Selang beberapa ketika. Kak Niza lalu. Menoleh ke dalam. Terkejut. Terus masuk dan duduk depanku. 'Lisa' datang membawa menu. "No, thanks" kata Kak Niza. Tegukan terakhir aku habiskan. Kak Niza keluar. Aku ke kaunter.Bayar.

Aku : I thought you are chinese or korean...
'Lisa' : (*Senyum) No. I'm ........
Aku : May I know your name?
'Lisa' : Tija..
Aku : T.I.J...
'Lisa' : T.H.I.J.A
Aku : Ooo, ok. Your name like Malay name...
'Lisa' : (*Senyum) Thank you...
Aku : You are welcome.

Aku dengan Kak Niza pun terus berlalu ke lif. Masa tu dah 9.30 pagi. Sangat lewat. Report belum hantar. Blog mesti di update.


P/s: No more 'Lisa', now is Thija :)


Back to top

Episod 1 : Mula Start...

[ 15 Julai 2k9 ] Hari ni, balik awal. Line clear. Terfikir. Nak lepak minum kat Brasserie de Coree (BdC)?. Tak surelah. Turun lif, terus ke mart. Tapi tak tau nak beli apa. Berjalan ke arah BdC. Nampak 'Lisa' berdiri depan pintu. Aku buat tak tau. Terus berlalu.

Tapi hati mula mendesak. Kena gerak, kalau tak, bila lagi? Berdiri sejenak, berfikir, merancang. Kembali ke BdC. Terus duduk sambil pandang 'Lisa'. Dia datang, bawak menu. Senyum. Aku order minum aje."Food?" tanya 'Lisa', sambil membuat isyarat menyuap ke mulut. Aduh! cute. Aku sikit gentar. Berlagak cool.

'Kamal' letak ice blendedku atas meja. 'Lisa' di kaunter. Nampak macam mengemas. Mungkin pura-pura sibuk. Aku terus berehat. Sambil menyedut ice blended. Sambil perhati 'Lisa'. Sesekali 'Lisa' pandang padaku.

Auntie (Tokey) keluar. 'Lisa' dan 'Kamal' gembira. Berbual. Bergurau senda. Sambil melontar ais satu sama lain. 'Lisa' berlari keluar. Berlegar depanku. 'Kamal' pura-pura control. 'Lisa' nampak gembira. Hyper. Aku? Tersenyum dengan gelagat mereka. Sesekali 'Lisa' menoleh aku. Saling berbalas senyuman. Aku turut gembira.

Ice blended habis. Masa untuk pulang. Melangkah ke kaunter. Bayar. 'Lisa' - Thank you. Aku - senyum. Dalam hati (You are most welcome).



P/s: 1st step wasn't that hard, actually...